Thursday, November 8, 2018

Kisah Tauke Satay

Bila umur dah menjejak 40an ni, saya terfikir, ada lagi ke peluang nak success. anak muda lain tengah naik dan tak takut mencuba. Kita ni merangkak dengan segala macam komitmen dan kerisauan.

Satu hari saya berpeluang berbual dengan owner kedai satay terkenal di Keramat. Ada 2 branch kedai sataynya di Keramat dan Melawati Bisness ni perkongsian sepasang suami isteri yang berasal dari Melaka. Saya tanya isterinya bila bisness start berkembang. Katanya masa suaminya berumur 50 tahun dan dia berusia 38 tahun. Sekarang suaminya berusia 74 tahun. Maknanya sudah 24 tahun bisness satay ini secara full time dan full swing.

"Mak saya dulu meniaga satay di Melaka, jadi saya pandai jugalah buat satay" katanya. Selepas berkahwin, dia mengikut suami ke Ampang dan tinggal di setinggan area Ampang. Suami yang bekerja dia sebuah syarikat bas sebagai kerani tiket hanya berpendapatan RM100 lebih sebulan.

Kadang-kadang satu malam tu takde satu pun satay terjual. Suaminya bekerja di waktu siang dan meniaga di waktu malam. Anak-anak ada 4 orang. "Kadang-kadang saya mencucuk satay sampai terlelap. Letaklah bantal kat perut ni nak bagi tegak badan. Bila terjaga, cucuk lagi satay".

Bila ada perpindahan setinggan, mereka pindah ke Keramat. Mereka mula berniaga disitu. Juga mengambil transit budak dan menghantar budak ke sekolah. Dapatlah duit lebih sikit.nak dijadikan rezeki, kebetulan ada orang nak jual kedai dengan segala perkakasnya memasak dalam RM 200 di gerai area Lembah Keramat. Jadi mereka beli menggunakan wang simpanan. Suami pula berhenti kerja untuk concentrate meniaga.

Kemudian, kawasan kedai dipandahkan ke tapak sekarang. Perniagaan semakin berkembang. Mereka mendaftar Syarikat Sdn. Bhd. dan berdaftar dengan SSM. Syarikat juga membayar cukai dan zakat setiap tahun. Siap audit lagi.

Kini gerai di jaga oleh anak-anaknya. Dia juga membeli sebuah shoplot untuk urusan memproses satay. Seterusnya satay yang siap akan di hantar ke kedai untuk di bakar. Kuah kacang juga pakai mesin tetapi resepinya tetap sama. Sehari berpuluh kilo kacang digunakan. Kalau time puasa dan raya, kacang digunakan mencecah sehingga ratusan kilo. Ternganga kejap sampai lupa nak tanya berapa ribu cucuk satay sehari.

"Alhamdulillah, dah banyak negara yang kami pergi dengan jualan satay". Kata puan ini, sebelum suaminya sakit kira-kira 5 tahun lepas mereka kerap melancong dalam dan luar negara. Suaminya sekarang mengidap sakit saraf yang menyebabkan sukar berjalan. Sekarang melayan cucu sambil tengok-tegok urusan syarikat.

Bila saya tanya apa yang membuatkan dia berjaya. Apakah tipsnya. Katanya, bacalah Al-Quran, sebelum kita melihat dunia di waktu pagi. Suaminya juga solat setiap waktu di surau atau masjid semasa sihat dan sekarang cuma waktu-waktu tertentu. Berjalan dengan bertongkat.

Saya juga perasan yang puan ini selalu buka puasa di surau kami. Juga rajin sponsor buka puasa. Kalau turn dia masak sendiri buka puasa, masakannya memang sedap dan tak lokek lauk. daging salai, ayam berempah, ikan, sayur-sayur semuanya complete!

Katanya kene positif selalu. Mesti percaya rezeki di tangan Allah. Dia suka lebih bercakap sikit-sikit, lebih banyak berdiam dan tersenyum semasa di surau di saat kami bercerita macam-macam.

Ya, disaat ada yang risaukan rezeki diumur 40an, ada orang yang bermula rezekinya di umur 50 tahun. Dan terus success. Yang penting kesungguhan berusaha dan percaya kepada Yang Memberi Rezeki.









Kisah Fayyadh dan pembedahan hempedu

Empat tahun lepas, anak saudara kami yang baru lahir mengalami demam kuning berpanjangan lebih sebulan. Prolonged jaundice dan doktor hospital tempat kelahirannya memberikan referral letter untuk ke sebuah hospital kerajaan di Selangor. Kemungkinan bayi ini mempunyai masalah “hati” yang perlukan rawatan pakar.
Selepas masuk ke hospital beberapa hari, masih belum ada prosedur pembedahan dan investigation juga masih belum lengkap. Untuk masalah seperti ini, prosedur pembedahan mesti dilakukan dalam masa 60 hari dari tarikh kelahiran.
Adir ipar kami, ibu bayi ini (yang juga medical background) beritahu saya “Long, doctor terbaik untuk kes ni adalah Dato' Dr * di *****. Terbaik di negara kita. Tapi untuk ke hospital **** dan melalui macam-macam prosedur mungkin ambil masa. Dan kita pulak tak kenal Dr *".
Kami menunggu di hospital dan dari sehari ke sehari, pembedahan masih ditangguhkan. Doktor optimis yang anak saudara kami masih ada masa dan mereka mesti memberi laluan kepada kes yang lebih kritikal dan urgent.
Setiap hari saya akan ke hospital selepas hantar atau jemput Raziq sekolah. Saya lihat adik dan adik ipar sangat positif. Hanya solat, doa dan Quran jadi peneman. Dan kami masih bercerita kalaulah anak ini dapat rawatan dari Dr *, alangkah bagusnya.
Mungkin juga masa tu adik dan adik ipar sudah redha dan berserah untuk yang terbaik buat anak mereka kerana di hospital itu juga ada pakar yang terlatih. Kami juga masih cuba untuk menghubungi kawan-kawan dan saudara-mara dalam perubatan untuk mendapatkan second opinion. Seorang saudara kami seorang doktor pakar kanak-kanak di Johor juga suggest untuk berjumpa Dato' Dr *.
Tapi kami buntu camana nak pergi direct ke Dr*. Untuk keluar dari hospital sekarang, kami tak pasti adakah itu pihan terbaik. Untuk saya, terbayang-bayang nama Dr* di kepala. Untuk memaksa adik dan adik ipar ke sana tanpa kepastian bukanlah pilihan terbaik. Mereka dah cukup risau dan sedih.
Walaupun saya nakkan anak saudara saya dirawat oleh yang terbaik, saya mula redha yang Dr* tak mungkin kami temui kerana masa semakin suntuk.. Saya cuma berdoa yang terbaik untuk bayi ini.
Satu petang, seorang kawan yang juga saudara suami (juga seorang doktor), telefon saya. Kami rapat kerana sama-sama ada anak istimewa. Dia nak tanya something. “Sorry kak, saya busy sikit lately. Duk ulang alik tengok adik dan anak saudara tak sihat. Baby”. “Owh, apa problem?”. Saya pun beritahu. “Owhh…. Should go to Dr *. He is the best!. My good friend. Kejap I call dia!”.
Kemudian dia call semula, “Dr * baru selesai pembedahan. I bagi you nombor dia, You terus ke sana, dia tunggu”. Saya speechless. Terus direct ke Dr*?? Macam tak percaya!.
Saya call adik dan adik ipar. “Long, doktor kata esok pagi akan buat prosedur, kami tak tau nak decide camana. Kami istikarah dulu. Nanti kalau tangguh lagi esok kami ke sana”. Memang susah nak buat keputusan tentang anak kita kan.
Esok pagi adik telefon. “Long kami nak ke sana. Prosedur tangguh lagi. Kami dah sign surat untuk tukar hospital”. Dan di hospital ****, team Dr* sudah standby menunggu. Kebetulan baby berak dan Dr* tengok najis dan kata “Ini bukan masalah hati berdasarkan warna najis, kita akan investigate.
Selepas confirm baby under Dr*, saudara kami dari Johor menghubungi Dr* untuk mengetahui masalah sebenar baby.
Di situ team Dr* melakukan segala yang diperlukan untuk bayi ini dan akhirnya dibedah untuk dirawat. Bayi bermasalah di “salur hempedu”. Walaupun bukan Dr* yang melakukan pembedahan kerana dia ada pembedahan lain di Pantai Timur, teamnya yang melakukan pembedahan anak saudara kami juga adalah para doktor pakar yang hebat!
Hikmah pembedahan ditangguhkan dari hari ke hari di hospital dulu, rupanya Allah nak beri yang lebih baik. In this case, Allah beri yang terbaik!
Alhamdulillah bayi ini telah membesar dengan sihat sekarang. Bermain dan bercerita seperti anak-anak lain seusia dengannya. Bijak sungguh budaknya.
Melalui saat-saat genting dalam kehidupan ni, kita kadang-kadang lupa yang Allah itu sangat dekat. Ya, kita berusaha. Mencari sesiapa sahaja yang boleh membantu kita. Call sana sini. Jumpa orang sana-sini. Tapi Allah tak izinkan mereka bantu kita.
Akhirnya bantuan Allah datang dengan cara yang tak disangka disaat kita sudah mula berputus asa meminta dengan manusia. Hanya doa saja yang tinggal. Maha hebat Allah yang mampu memberikan apa sahaja yang dikehendakinya.