Terbaca kisah kematian pelajar di PD yang keluar sorang untuk berjumpa kawannya. Juga pernah terbaca kisah sorang perempuan yang turun di stesen komuter Shah Alam tengah malam seorang diri. Seorang lelaki yang tak dikenali sanggup menunggu sehingga kawan perempuan itu sampai semata-mata untuk memastikan keselamatannya. Dan banyak lagi kisah lain jugak.
Kebanyakan masa kita perempuan rasa selamat nak jalan sorang sebab dah biasa. Ada satu kisah tahun 1995 yang saya duk ingat sampai sekarang. 10 September 1995.
That day, last minit geng kami nak buat surprise birthday celebration kat kawan kami pukul 12 malam. Jadi saya tahu kawan saya ni suka teddy bear, saya volunteer untuk ke Jalan Tunku Abd Rahman ke satu kedai ni nak beli teddy bear.
Sebab yang lain busy, saya pegi sorang ke KL dari syeksen 2 ITM. Dengan bas sangkut, jem lagi, pukul 8 lebih baru sampai KL. Dari Bus Stand Klang, saya berjalan kaki ke Jalan TAR. Area Sogo. For info, zaman tu bukan sibuk macam sekarang. Weekday pula tu. Waktu macam tu dah sunyi, ok. Kedai pun dah nak tutup dah masa saya sampai tu. Dekat 9.30.
Lepas bayar, saya pun jalan nak balik. Sepanjang Jalan TAR tu menuju ke Dataran Merdeka. Depan saya ada 2 orang budak lelaki. Mungkin sebaya saya. Pakai baju putih dan seluar hitam. Mungkin baru balik keje. Diorang gelak2 toleh pandang pandang saya kat belakang. Sambil tu buat lawak kononya pemandu pelancong sambil memperkenalkan kedai-kedai kiri kanan kami kat saya. Lawak juga la. Saya diam je.
Hampir sampai area Dataran Merdeka , diorang cakap “kita akan sampai ke Dataran Merdeka, di sini adalah bla .. bla.. bla……..” sambil gelak gelak pandang saya kat belakang.
Short cut ke Bus Stand Kelang adalah belakang Bangunan Mahkamah. Kalau sesapa ingat area belakang Mahkamah masa tu memang hot masa tu. Banyak kes ntah apa-apa. Maklumlah zaman tu famous kisah Bohsia Bohan dan macam -macam lagi. Tapi saya decide nak cepat dan lalu juga belakang. Budak berdua tu dah terlepas ke depan. Saya seorang melencong.
Tengah berjalan saya nampak satu van. Ramai budak muda lelaki luar dan dalam van. Saya pikir “Aduh! Camna ni? Dah halfway. Nak lari ke camne?”. Saya dah panic yang amat. Ada yang senyum kat saya dan pandang semacam. Pintu van memang terbuka. Masa taip ni pun masih terasa kecut perut. Dah 22 tahun benda ni jadi. Zaman tu takde handphone lagi ya.
Tiba-tiba saya dengar tapak kaki orang berlari di belakang. Saya rasa kiri kanan saya ada orang. Saya pandang kiri kanan, rupanya budak berdua yang buat lawak tadi. Mereka jalan rapat dengan saya. Apit saya. Kami bertiga diam. Sampai ke area CM. Kami masih diam. Then, saya nak belok ke area Bas Stand Klang. Salah sorang pandang saya dan cakap “Sampai sini je eh. Elok-elok” Mereka senyum dan berlalu pergi.
Mungkin masa diorang tengah buat lawak “tourist guide” tu, diorang pandang belakang dan tengok saya takde. Terus berlari cari saya di lorong belakang mahkamah.
Saya pegang teddy bear tu kuat-kuat. Dalam bas ke Shah Alam pun masih mengigil. Sampai lah ke kolej, saya pun dah lambat dan bersoal jawab juga lah dgn guard. Malam tu menjadilah surprise kami untuk kawan baik kami. Tapi saya masih teringatkan benda ni sampai sekarang.
Banyak bahaya kat luar sana yang kita tak tahu. Saya memang sangat biasa ke mana-mana sorang dari dulu sampai sekarang tapi bila ada kes-kes keluar paper macam ni buat terpikir . “What if” nasib saya tak baik. So far, Alhamdulillah tidak ada yang buruk-buruk berlaku. Nauzubillah.
Kepada kaum perempuan, hati-hatilah. Kerana apa sahaja boleh terjadi. Kepada kaum lelaki, tolonglah bersifat melindungi. Walaupun orang itu korang tak kenal, tapi sikap prihatin tu mungkin boleh menyelamatkan kami.
Kepada yang menolong saya tu, terima kasih dan saya sentiasa ingat walaupun saya tak tahu rupa korang camana.
Friday, May 25, 2018
Tuesday, May 8, 2018
Annuversary post from husband 2018
Dulu sampai sekarang aku cuma main gitar lagu dari beberapa band saja. Kebanyakannya mesti ada distortion kuat dan kira ala-ala rock.
Cuma ada satu masa tu masa kat OZ, aku dapat tau (atau aku rasa) seorang awek ni suka dengar lagu "Losing My Religion" by R.E.M. aku perasan dia suka tengok seorang brader ni main lagu tu, walupun iramanya agak ke laut sikit.
Apa barang. Takkan aku tak boleh main lagu tu. Aku lagi terrer rasanya. Aku gagahkan diri untuk cari chord dan cara mainnya. Dah pass, aku pun keluarkan gitar masa duduk ramai-ramai dan mainkan lagu tu depan awek tadi.
Hehehe.. Menjadi juga untuk pikat perhatian dia. Hati berbunga-bunga. Dapat borak lama sikit dari biasa. Ada titik persamaan di situ.
Dari satu titik, ke satu ayat. Dari ayat, menjadi novel. Dan kini terus menjadi satu cerita yang masih ditulis.
Hari ni bab perkahwinan aku dan awek tadi sudah genap mencecah usia 14 tahun. Setiap cerita tentunya ada bahagian cemas, sedih, gembira, menangis dan ketawa. Baru kuat plotnya dan seronok dinikmati.
Aku tak tahu penghujungnya, tapi aku yakin aku akan cuba buat yang terbaikagar kisah ini berterusan dan lebih banyak episod gembira.
Kepada awekku, isteriku Siti Nurbaya Sharir, Happy Anniversary! Semoga kita dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmatNya dan kekal hingga ke Jannah.
Rizal Mohammad Sohaimi
Kisah anniversary 2018
Satu hari semasa di matrik PPP/ITM tahun 1996, saya tengah jalan sorang. Sabtu. Plan nak ambil bas di Seksyen 2 untuk ke KL. Terserempak mamat sorang ni berjalan balik dari arah bertentangan.
Tetiba dengar suara dari belakang. “Wahhh….. merah betul lipstick. Bedak putih tuuu. Besar seluar” Saya dengar dia gelak-gelak. Memang sah!. Dah kenal sangat dengan suara ni. Nak kena dia ni! Sanggup dia patah balik semata-mata nak sakitkan hati.
Saya pun pusing belakang. Sah!. Mamat ni tengah pegang skateboard sambil gelak-gelak. Saya pun berdiri tegak depan dia. Bagi dua tiga das sound direct. Apa yang saya sound saya pun lupa dah hahaha....
Tapi dia muka selamba tak makan saman betul. Sengih sengih. Hati panas wei! Last sekali, saya pun tunjuk jari telunjuk tepat kat muka dia dan cakap “Ko ni kan, Mar!!!! Memang malanglah sapa yang kawin dengan ko!”.
Saya pun cepat-cepat pegi. Tak tengok keliling dah hahaha... Balik bilik la. Tak jadi ke KL. Hati panas. Hilang mood.
Sejak tu memang lagi pekat saya blacklist mamat ni. Next balik kampung, saya kecikkan seluar sebab malas nak serabut kepala rasa nak bagi orang makan selipar hehee....
Hari ni 8 Mei 2018. Genap 14 tahun kami berkahwin. 4 orang anak dah. Dan dia bukan lagi mamat skateboard yang selalu menyakitkan hati. Rasa nak tergelak pun ada bila kenang kisah lama. Punyalah blacklist. Rupanya dialah jodoh.
Saya penah tanya husband masa tu dia nak mengorat ke. Katanya memang tak langsung. Memang dia nak gelakkan dan sakitkan hati je sebab lawak tengok pakai bedak tebal, lipstick merah dengan seluar besar. Trend zaman tu kut. Ces. Seluar pun zaman GQ kan time tu.. kan kan..… Mahal tu tempah kat Bahau. Sabar je la. Sekarang jangan kata bedak tebal, bedak pun payah nak lekat kat muka dah.
Kepada korang yang bujang, jodoh mungkin ada disekeliling korang je. Orang yang hari hari korang nampak. Korang je tak tau. Sudahnya yang kita duk menyampah tu lah yang duk sebelah kita kat pelamin heeee....
Warning aaa...jangan pula pegi kat orang yang korang minat dan cari gaduh pulak semata-mata rasa itu jodoh ya. Kang kalau dapat selipar, nasib ler.
Takde yang lain selain mohon doakan perkahwinan ini berkekalan dan diberkati. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)


