Thursday, November 8, 2018

Kisah Tauke Satay

Bila umur dah menjejak 40an ni, saya terfikir, ada lagi ke peluang nak success. anak muda lain tengah naik dan tak takut mencuba. Kita ni merangkak dengan segala macam komitmen dan kerisauan.

Satu hari saya berpeluang berbual dengan owner kedai satay terkenal di Keramat. Ada 2 branch kedai sataynya di Keramat dan Melawati Bisness ni perkongsian sepasang suami isteri yang berasal dari Melaka. Saya tanya isterinya bila bisness start berkembang. Katanya masa suaminya berumur 50 tahun dan dia berusia 38 tahun. Sekarang suaminya berusia 74 tahun. Maknanya sudah 24 tahun bisness satay ini secara full time dan full swing.

"Mak saya dulu meniaga satay di Melaka, jadi saya pandai jugalah buat satay" katanya. Selepas berkahwin, dia mengikut suami ke Ampang dan tinggal di setinggan area Ampang. Suami yang bekerja dia sebuah syarikat bas sebagai kerani tiket hanya berpendapatan RM100 lebih sebulan.

Kadang-kadang satu malam tu takde satu pun satay terjual. Suaminya bekerja di waktu siang dan meniaga di waktu malam. Anak-anak ada 4 orang. "Kadang-kadang saya mencucuk satay sampai terlelap. Letaklah bantal kat perut ni nak bagi tegak badan. Bila terjaga, cucuk lagi satay".

Bila ada perpindahan setinggan, mereka pindah ke Keramat. Mereka mula berniaga disitu. Juga mengambil transit budak dan menghantar budak ke sekolah. Dapatlah duit lebih sikit.nak dijadikan rezeki, kebetulan ada orang nak jual kedai dengan segala perkakasnya memasak dalam RM 200 di gerai area Lembah Keramat. Jadi mereka beli menggunakan wang simpanan. Suami pula berhenti kerja untuk concentrate meniaga.

Kemudian, kawasan kedai dipandahkan ke tapak sekarang. Perniagaan semakin berkembang. Mereka mendaftar Syarikat Sdn. Bhd. dan berdaftar dengan SSM. Syarikat juga membayar cukai dan zakat setiap tahun. Siap audit lagi.

Kini gerai di jaga oleh anak-anaknya. Dia juga membeli sebuah shoplot untuk urusan memproses satay. Seterusnya satay yang siap akan di hantar ke kedai untuk di bakar. Kuah kacang juga pakai mesin tetapi resepinya tetap sama. Sehari berpuluh kilo kacang digunakan. Kalau time puasa dan raya, kacang digunakan mencecah sehingga ratusan kilo. Ternganga kejap sampai lupa nak tanya berapa ribu cucuk satay sehari.

"Alhamdulillah, dah banyak negara yang kami pergi dengan jualan satay". Kata puan ini, sebelum suaminya sakit kira-kira 5 tahun lepas mereka kerap melancong dalam dan luar negara. Suaminya sekarang mengidap sakit saraf yang menyebabkan sukar berjalan. Sekarang melayan cucu sambil tengok-tegok urusan syarikat.

Bila saya tanya apa yang membuatkan dia berjaya. Apakah tipsnya. Katanya, bacalah Al-Quran, sebelum kita melihat dunia di waktu pagi. Suaminya juga solat setiap waktu di surau atau masjid semasa sihat dan sekarang cuma waktu-waktu tertentu. Berjalan dengan bertongkat.

Saya juga perasan yang puan ini selalu buka puasa di surau kami. Juga rajin sponsor buka puasa. Kalau turn dia masak sendiri buka puasa, masakannya memang sedap dan tak lokek lauk. daging salai, ayam berempah, ikan, sayur-sayur semuanya complete!

Katanya kene positif selalu. Mesti percaya rezeki di tangan Allah. Dia suka lebih bercakap sikit-sikit, lebih banyak berdiam dan tersenyum semasa di surau di saat kami bercerita macam-macam.

Ya, disaat ada yang risaukan rezeki diumur 40an, ada orang yang bermula rezekinya di umur 50 tahun. Dan terus success. Yang penting kesungguhan berusaha dan percaya kepada Yang Memberi Rezeki.









No comments:

Post a Comment