Bila umur dah menjejak 40an ni, saya terfikir, ada lagi ke peluang nak success. anak muda lain tengah naik dan tak takut mencuba. Kita ni merangkak dengan segala macam komitmen dan kerisauan.
Satu hari saya berpeluang berbual dengan owner kedai satay terkenal di Keramat. Ada 2 branch kedai sataynya di Keramat dan Melawati Bisness ni perkongsian sepasang suami isteri yang berasal dari Melaka. Saya tanya isterinya bila bisness start berkembang. Katanya masa suaminya berumur 50 tahun dan dia berusia 38 tahun. Sekarang suaminya berusia 74 tahun. Maknanya sudah 24 tahun bisness satay ini secara full time dan full swing.
"Mak saya dulu meniaga satay di Melaka, jadi saya pandai jugalah buat satay" katanya. Selepas berkahwin, dia mengikut suami ke Ampang dan tinggal di setinggan area Ampang. Suami yang bekerja dia sebuah syarikat bas sebagai kerani tiket hanya berpendapatan RM100 lebih sebulan.
Kadang-kadang satu malam tu takde satu pun satay terjual. Suaminya bekerja di waktu siang dan meniaga di waktu malam. Anak-anak ada 4 orang. "Kadang-kadang saya mencucuk satay sampai terlelap. Letaklah bantal kat perut ni nak bagi tegak badan. Bila terjaga, cucuk lagi satay".
Bila ada perpindahan setinggan, mereka pindah ke Keramat. Mereka mula berniaga disitu. Juga mengambil transit budak dan menghantar budak ke sekolah. Dapatlah duit lebih sikit.nak dijadikan rezeki, kebetulan ada orang nak jual kedai dengan segala perkakasnya memasak dalam RM 200 di gerai area Lembah Keramat. Jadi mereka beli menggunakan wang simpanan. Suami pula berhenti kerja untuk concentrate meniaga.
Kemudian, kawasan kedai dipandahkan ke tapak sekarang. Perniagaan semakin berkembang. Mereka mendaftar Syarikat Sdn. Bhd. dan berdaftar dengan SSM. Syarikat juga membayar cukai dan zakat setiap tahun. Siap audit lagi.
Kini gerai di jaga oleh anak-anaknya. Dia juga membeli sebuah shoplot untuk urusan memproses satay. Seterusnya satay yang siap akan di hantar ke kedai untuk di bakar. Kuah kacang juga pakai mesin tetapi resepinya tetap sama. Sehari berpuluh kilo kacang digunakan. Kalau time puasa dan raya, kacang digunakan mencecah sehingga ratusan kilo. Ternganga kejap sampai lupa nak tanya berapa ribu cucuk satay sehari.
"Alhamdulillah, dah banyak negara yang kami pergi dengan jualan satay". Kata puan ini, sebelum suaminya sakit kira-kira 5 tahun lepas mereka kerap melancong dalam dan luar negara. Suaminya sekarang mengidap sakit saraf yang menyebabkan sukar berjalan. Sekarang melayan cucu sambil tengok-tegok urusan syarikat.
Bila saya tanya apa yang membuatkan dia berjaya. Apakah tipsnya. Katanya, bacalah Al-Quran, sebelum kita melihat dunia di waktu pagi. Suaminya juga solat setiap waktu di surau atau masjid semasa sihat dan sekarang cuma waktu-waktu tertentu. Berjalan dengan bertongkat.
Saya juga perasan yang puan ini selalu buka puasa di surau kami. Juga rajin sponsor buka puasa. Kalau turn dia masak sendiri buka puasa, masakannya memang sedap dan tak lokek lauk. daging salai, ayam berempah, ikan, sayur-sayur semuanya complete!
Katanya kene positif selalu. Mesti percaya rezeki di tangan Allah. Dia suka lebih bercakap sikit-sikit, lebih banyak berdiam dan tersenyum semasa di surau di saat kami bercerita macam-macam.
Ya, disaat ada yang risaukan rezeki diumur 40an, ada orang yang bermula rezekinya di umur 50 tahun. Dan terus success. Yang penting kesungguhan berusaha dan percaya kepada Yang Memberi Rezeki.
Thursday, November 8, 2018
Kisah Fayyadh dan pembedahan hempedu
Empat tahun lepas, anak saudara kami yang baru lahir mengalami demam kuning berpanjangan lebih sebulan. Prolonged jaundice dan doktor hospital tempat kelahirannya memberikan referral letter untuk ke sebuah hospital kerajaan di Selangor. Kemungkinan bayi ini mempunyai masalah “hati” yang perlukan rawatan pakar.
Selepas masuk ke hospital beberapa hari, masih belum ada prosedur pembedahan dan investigation juga masih belum lengkap. Untuk masalah seperti ini, prosedur pembedahan mesti dilakukan dalam masa 60 hari dari tarikh kelahiran.
Adir ipar kami, ibu bayi ini (yang juga medical background) beritahu saya “Long, doctor terbaik untuk kes ni adalah Dato' Dr * di *****. Terbaik di negara kita. Tapi untuk ke hospital **** dan melalui macam-macam prosedur mungkin ambil masa. Dan kita pulak tak kenal Dr *".
Kami menunggu di hospital dan dari sehari ke sehari, pembedahan masih ditangguhkan. Doktor optimis yang anak saudara kami masih ada masa dan mereka mesti memberi laluan kepada kes yang lebih kritikal dan urgent.
Setiap hari saya akan ke hospital selepas hantar atau jemput Raziq sekolah. Saya lihat adik dan adik ipar sangat positif. Hanya solat, doa dan Quran jadi peneman. Dan kami masih bercerita kalaulah anak ini dapat rawatan dari Dr *, alangkah bagusnya.
Mungkin juga masa tu adik dan adik ipar sudah redha dan berserah untuk yang terbaik buat anak mereka kerana di hospital itu juga ada pakar yang terlatih. Kami juga masih cuba untuk menghubungi kawan-kawan dan saudara-mara dalam perubatan untuk mendapatkan second opinion. Seorang saudara kami seorang doktor pakar kanak-kanak di Johor juga suggest untuk berjumpa Dato' Dr *.
Tapi kami buntu camana nak pergi direct ke Dr*. Untuk keluar dari hospital sekarang, kami tak pasti adakah itu pihan terbaik. Untuk saya, terbayang-bayang nama Dr* di kepala. Untuk memaksa adik dan adik ipar ke sana tanpa kepastian bukanlah pilihan terbaik. Mereka dah cukup risau dan sedih.
Walaupun saya nakkan anak saudara saya dirawat oleh yang terbaik, saya mula redha yang Dr* tak mungkin kami temui kerana masa semakin suntuk.. Saya cuma berdoa yang terbaik untuk bayi ini.
Satu petang, seorang kawan yang juga saudara suami (juga seorang doktor), telefon saya. Kami rapat kerana sama-sama ada anak istimewa. Dia nak tanya something. “Sorry kak, saya busy sikit lately. Duk ulang alik tengok adik dan anak saudara tak sihat. Baby”. “Owh, apa problem?”. Saya pun beritahu. “Owhh…. Should go to Dr *. He is the best!. My good friend. Kejap I call dia!”.
Kemudian dia call semula, “Dr * baru selesai pembedahan. I bagi you nombor dia, You terus ke sana, dia tunggu”. Saya speechless. Terus direct ke Dr*?? Macam tak percaya!.
Saya call adik dan adik ipar. “Long, doktor kata esok pagi akan buat prosedur, kami tak tau nak decide camana. Kami istikarah dulu. Nanti kalau tangguh lagi esok kami ke sana”. Memang susah nak buat keputusan tentang anak kita kan.
Esok pagi adik telefon. “Long kami nak ke sana. Prosedur tangguh lagi. Kami dah sign surat untuk tukar hospital”. Dan di hospital ****, team Dr* sudah standby menunggu. Kebetulan baby berak dan Dr* tengok najis dan kata “Ini bukan masalah hati berdasarkan warna najis, kita akan investigate.
Selepas confirm baby under Dr*, saudara kami dari Johor menghubungi Dr* untuk mengetahui masalah sebenar baby.
Di situ team Dr* melakukan segala yang diperlukan untuk bayi ini dan akhirnya dibedah untuk dirawat. Bayi bermasalah di “salur hempedu”. Walaupun bukan Dr* yang melakukan pembedahan kerana dia ada pembedahan lain di Pantai Timur, teamnya yang melakukan pembedahan anak saudara kami juga adalah para doktor pakar yang hebat!
Hikmah pembedahan ditangguhkan dari hari ke hari di hospital dulu, rupanya Allah nak beri yang lebih baik. In this case, Allah beri yang terbaik!
Alhamdulillah bayi ini telah membesar dengan sihat sekarang. Bermain dan bercerita seperti anak-anak lain seusia dengannya. Bijak sungguh budaknya.
Melalui saat-saat genting dalam kehidupan ni, kita kadang-kadang lupa yang Allah itu sangat dekat. Ya, kita berusaha. Mencari sesiapa sahaja yang boleh membantu kita. Call sana sini. Jumpa orang sana-sini. Tapi Allah tak izinkan mereka bantu kita.
Akhirnya bantuan Allah datang dengan cara yang tak disangka disaat kita sudah mula berputus asa meminta dengan manusia. Hanya doa saja yang tinggal. Maha hebat Allah yang mampu memberikan apa sahaja yang dikehendakinya.
Tuesday, November 6, 2018
Swimming class 1st Day
Umur 11 tahun saya penah hampir lemas. Sejak tu kalau masuk muka dalam air, jadi panik. Ada masanya , kalau bawah shower pun jadi panik juga. Terutama bila buka mata heeee.....
Masa di Melaka semalam, saya duk tepi je lah sambil monitor anak-anak dan anak sedara.. Jadi runner kalau dorang nak berpindah dari satu pool ke pool yang lain. Malu kat anak sedara, Mak Long takut air haha....
Hari ni first time saya berazam nak overcome ketakutan sendiri. Ramai budak-budak di swimming pool rumah kawan ni. Semuanya tau berenang belaka. Tercabar wei.
Maira makin improve juga. "Ibu, kenapa ibu takut letak muka dalam air? Ibu kan dah besar." Heeee... jujur betul pertanyaan ni haishhh! Heee....
First time masuk muka dalam air, fail. Panik lagi. Then saya bayangkan saya nak snorkeling (ntah bila la kan). Swimming coach hari ni (Rizal namanya heee) cakap takut hanya di fikiran je. Tarik nafas dan cuba letak muka dalam air dan cuba rileks dan terapung..
Kali ni berjaya walaupun tak lama. Cuba jugak ingatkan teknik bernafas yang swimming coach ajar anak-anak beberapa tahun lepas. Siap tanya Maira lagi nak tarik dan lepas nafas camana heheee....
Berjayalah kali pertama letak muka di air tanpa panik melampau sejak 30 tahun lepas. Kali ni saya determine untuk overcome fear sendiri dengan air. Kita tengoklah nanti sessi seterusnya camana.
Saturday, November 3, 2018
Testimoni English Class
Malam tadi ada student surau inform. "Teacher, adik saya dapat English 94% exam" "Owh.. biasanya berapa?" "Sebelum ni 40% je". Adiknya darjah 4 dan mengikuti English class di surau sejak sebelum puasa.
Alhamdulillah. Kelas seminggu sekali ini, saya tak yakin menyumbang banyak dalam improve English anak-anak tapi mungkin ada sesuatu yang dia faham dalam kelas dan makin berminat bila belajar disekolah.
Untuk student yang tusyen di rumah juga improve English. 90% pemahaman dan 84% karangan. Darjah 2. Alhamdulillah. Dari dulunya, makna "fan" dia belum tahu. Sekarang boleh berbual dalam English dirumah kami dengan humaira. Tak terlalu lancar tapi dah yakin. Juga dah tahu mencari makna perkataan di dalam kamus. Buku cerita English di rumah kami pun dia suka baca.
Saya yakin bila anak-anak boleh berdikari mencari sendiri makna perkataan yang dia tak faham, itu akan naikkan rasa yakin dan happy dengan diri sendiri. Independent!
Cuma untuk student ini, matematiknya dapat 57% dan dia menangis. Dia juga belajar maths seminggu sekali dengan saya. Saya yakin matematik perlukan latihan yang banyak. Tak cukup di tusyen dan sekolah sahaja.
Dan anak-anak saya sendiri pun kalau tak duduk sebelah masa buat maths, akan "syahid" di katil. Tidur! Memahami konsep tak cukup kerana soalan berbeza-beza. Kena familiar dan pantas berfikir.
Sepanjang mengajar, saya banyak belajar dari anak-anak ini. Lain anak, lain caranya. Syukur banyak dah teori. Cuma kadang-kadang kelaut juga bila mengajar. Tak sama dengan approach untuk anak sendiri.
Untuk next year, tiada lagi tusyen di rumah. Saya hanya akan mengajar reading di waktu siang. Fokus reading dan early math sahaja untuk anak istimewa dan slow learners (masalah pembelajaran).
Moga anak-anak tusyen saya ini terus improve dalam pelajaran dan kehidupan. Belajar memahami sesuatu bukan setakat dizahirkan melalui markah exam tapi juga applikasi dalam kehidupan.
Saturday, October 20, 2018
Graduation Day
Sejak October 2014 hingga June 2016, inilah wajah-wajah yang saya jumpa hampir setiap Sabtu. Saya memulakan perjalanan ini dengan zero!
Dalam kumpulan kecil dalam 15 orang, kami sangat rapat. . Kebanyakannya mengambil International Diploma in Montessori Pedagogy (IMD) ini untuk melengkapkan kelayakan di dalam dunia pendidikan Montessori. Mereka memang di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak tetapi punya ijazah di dalam bidang berlainan.
Masa saya nak ambil course ni, saya bertanya senior yang juga ada ijazah sama dengan saya di bidang lain. Dia yang telah graduate Diploma IMD di Segi sekarang mempunyai tadika Montessori sendiri. Katanya, "Lecturers memang bagus sangat. Very supportive and encouraging!". Yes sis! (you know who you are) I am 100% agree!
Setiap minggu saya merasakan ke kelas sebagai satu terapi. Dari pakar-pakar yang komited tentang dunia kanak-kanak. Setiap ilmu adalah baru untuk saya. Dan saya semakin memahami anak-anak.
Setiap perkongsian, setiap tunjuk ajar dari kawan-kawan dan lecturers akan sentiasa diingati. Berseri-seri muka mereka bercerita tentang dunia kanak-kanak. Istimewa!
Dari sebulan sebelum exam, ada kawan-kawan yang datang ke kelas setiap hari untuk study bersama dari pagi sampai malam semata-mata untuk mengajar saya dan yang lain yang kurang faham. Lecturers juga sentiasa bersedia menjawab segala persoalan.
Semasa latihan praktikal tahun 2017, lecturers dan kawan-kawan tetap setia membantu walaupun kami sudah jarang berjumpa.
Sepanjang perjalanan, ada decide untuk tidak mengambil exam. Kemudian ada yang tidak meneruskan praktikal. Kami 9 orang terus melangkah ke garisan penamat. Semalam kami hanya bertiga menghadiri majlis ini. Kawan lain mempunyai komitmen lain.
Kami bertiga naik ke pentas dan disorak kuat! Sorakan dari lecturers kami dan staff Faculty of Education. Sorakan yang sangat bermakna di garisan penamat selepas satu perjalanan.
Alhamdulillah di beri peluang ini. Terima kasih lecturers dan kawan-kawan! Love you all!
Ms Carolyn, Ms Rosaline, Ms Michelle, Ms Melanie, Ms Foong Lin, Ms Kavitha. 😘😘😘😘
International Diploma In Montessori Pedagogy, Montessori Centre International, UK.
Friday, October 12, 2018
Sahabatku Blok16
Di umur 3 tahun keluarga kami berpindah ke Felda. Bermula la kehidupan zaman kanak-kanak sebagai anak Felda dan berjumpa kawan-kawan. Dari situ mulalah mengumpul geng-geng bermain sama.
Inilah dia. Geng blok. Geng berempat. Geng bermain bersama kawan-kawan yang lain. Kalau nak main luar rumah, jerit je sebab rumah dekat-dekat. Lepas balik sekolah, bermula la mencari.
Inilah geng mengaji dan geng bermain. Ini lah geng panjat pokok, geng main masak-masak, main galah panjang, main guli, main congkak, main konda kondi, main nyorok nyorok, geng main baling selipar, geng basikal.
Dah besar skit, inilah geng naik motor, inilah geng lepak tepi public phone, inilah geng kerja kilang kat Melaka, inilah geng lepak Bahau.
Form 1 saya ke asrama. Berjauhan dengan member kamceng sekampung masa belajar memang buatkan kita happy sangat bila bercuti. Tak sabar nak balik kampung.
Habis matrix, saya fly ke Australia. Berjauhan lagi. Satu malam tu masa sebelum fly, kitroang tengok bintang kat tangga. Kata salah sorang kami, “Wei Siti, nanti ko tengok bintang tu, bintang tiga tu, ingat tau kat kitorang”.
Dan yes, geng, dari masa fly jauh sampai sekarang, den masih lagi dongak ke atas cari bintang kita. Dan sengih sensorang.
Dah besar berkeluarga camni, bila kenduri baru berkumpul. Payah nak kumpul sekali waktu lain sebab kadang jadual balik kampung tak sama.
Masa kenduri baru-baru ni, kami duduk bercerita kisah macam-macam. Dua hari kat kampung, susah sangat nak dipisahkan, sorang balik rumah, yang lain akan menurut suruh datang balik.
Walaupun umur masing-masing dah 4 series, merapunya masih macam dulu jugak heheee…..
Dalam hidup ini, kita berkawan sepanjang masa. Kawan-kawan baru datang dalam hidup kita setiap kali kita ke tempat baru. Kisah dan kenangan baru tercipta. Namun kisah zaman kanak-kanak akan sentiasa terpahat di ingatan.
cc : Haliza Abd Jalil Sakura Kimchi Eja Izza
Thursday, September 20, 2018
Kenangan UPSR 2017
Tahun lepas, 2017 Luqman UPSR. Menjelang nak exam, saya belikan Vitamin C untuknya dan pastikan dia minum madu dan makan kurma setiap pagi. Ikhtiar kami semoga sihat bila exam nanti.
Sebelum Subuh, Luqman akan bangun. dan solat jemaah Subuh dengan abahnya di surau. Lengkap berbaju sekolah. Balik rumah je, pass baton kat ibu yang akan menghantarnya ke sekolah. Target untuk sampai sekolah sebelum pukul 7.
Kami akan borak-borak dalam kereta untuk tenangkan hati. Then, breakfast kat kedai area sekolah Luqman. Ibu tak breakfast sekali sebab ibu puasa sepanjang Luqman exam.
Di kedai breakfast, saya akan beli beberapa bungkus nasi lemak untuk diberi kepada pekerja construction warga asing di tepi sekolah (tips dari seseorang berkenaan sedekah pagi). Sometimes, Luqman juga nak belikan untuk pakcik security.
Pukul 7.30 akan ada solat hajat di sekolah. Setiap hari sebelum anak-anak naik ke kelas untuk exam. Anak-anak, guru-guru dan ibu bapa akan solat sekali. Kemudian akan ada tazkirah ringkas dari cikgu dan sessi berdoa.
Sebelum Luqman naik ke kelas dalam pukul 8, Raziq akan sampai dengan abahnya. Singgah sebelum ke sekolahnya. Raziq akan peluk Luqman dan cakap "buat elok-elok ya". Dia akan tunggu Luqman masuk kelas, berdiri pegang tiang bendera di bawah sambil mendongak melambai abang. "Good Luck Luqman. Elok-elok".
Then, bermulalah sessi mak-mak mula baca Quran dan solat sunat. Biasanya mak-mak berpuasa sepanjang exam. Setiap mak-mak ambik tempat masing-masing semasa anak menjawab exam heee... Sepanjang minggu UPSR, just darjah 6 yang ada kerana anak-anak lain dicutikan.
Suasana senyap dengan mak-mak yang lain. Takde berborak, takde membawang. Bila dekat je anak nak keluar, masing-masing akan pandang each other. "Diorang nak keluar dah". Dan kami keluar sambut anak-anak. Senyap sunyi tadi bertukar menjadi kecoh dan meriah.
Kadang-kadang bukan Luqman berlari kat ibu, yang berlari ke ibu tu nanti anak-anak kawan-kawan. "Aunty, tadi saya jawab macam ni. Betul tak?", 'Aunty, tadi saya dah jawab betul lepas tu tukar jawapan, arghhhh". Sebab mak-mak dah jadi geng, jadi anak-anak pun dah rapat dengan mak kawan-kawan masing-masing.
Bila menyambut anak-anak keluar exam, expression muka memang berbeza bergantung kepada paper. Paper Maths last year menyaksikan anak-anak ada yang mengeluarkan air mata. Tapi lepas paper Sains berlari riang.
In between exam paper akan ada mak-mak yang bawakan makanan roti dan coklat untuk anak-anak share sesama sendiri selain makanan kantin. Seronok tengok anak-anak ni.
Biasanya budak perempuan akan lebih serius tapi budak lelaki akan kecoh sebelum dan selepas exam.
Diberikan peluang untuk bersama anak semasa exam bersama mak mak yang lain adalah something yang saya sangat treasure. Ramai yang busy dan tak dapat cuti untuk bersama anak-anak. Kami yang di sekolah akan update gambar-gambar anak-anak dan apa emosi anak-anak selepas exam kepada ibu-ibu yang lain.
Sekarang dah tinggal kenangan semuanya. Anak-anak dah meneruskan persekolah di tempat tempat lain. Kebanyakan tak lagi bersama. Mak-mak juga dah kurang berjumpa. Kalau dulu hampir setiap hari. Ni ibu tengah carik geng baru untuk kakak Maira punya time nanti heee..
Semua yang berlaku pada September 2017 akan kekal di ingatan. All the best untuk anak-anak UPSR next week. All the best juga untuk ibu bapanya.
cc: Tuan Juhaida Amin Hayati Hasim Nadiatun Filzah Noor Azlinda Mohd Shuid Rose Roba Nur Hanani Jaafar Suhailah Mohamed Suhanna MahbobSue Tasref
Wednesday, September 12, 2018
Happy Birthday Raziq
12 September 2018.
12 tahun lepas pada tarikh ini, Raziq dilahirkan. Pertama kali ibu melihat Raziq, ibu sedar yang kamu adalah istimewa. Airmata ibu mengalir laju. Ibu minta maaf kerana melahirkan kamu. Ibu tak yakin dunia akan melayan Raziq dengan baik. Ibu tak mampu memandang Raziq lama-lama semasa baby. Ibu terlalu sedih.
Selepas beberapa lama di NICU, HUKM, kita pulang kerumah. Kalau ibu lain membawa anak pulang dengan gembira, ibu pula dengan air mata. Ibu takut nak pegang Raziq kerana saiz kepala Raziq besar dan badan Raziq yang kecil. Ibu teralu takut akan menyakiti kamu.
Sejak itu, HUKM seakan rumah kedua kita. Banyaknya appointment kita, kan. Banyak test yang dibuat dan darah yang diambil untuk mengesahkan pelbagai diagnose.
Tak cukup dengan appointment doctor, kita ke sana sini untuk rawatanmu. Ingat tak kita ke Behrang pukul 3,4 pagi?. Ada masanya kalau Abah tak dapat pergi bersama, kita pergi berempat dengan Abang Luqman dan bibik. Ibu yang sangat penakut, seakan tak terpikir apa-apa bila lalu di tepi kebun getah dan semak samun pagi-pagi buta. Seakan semua ketakutan di bawa pergi demi untuk melihat Raziq sihat.
Pada saat kamu mula berjalan pada usia tiga tahun setengah, Doktor seakan tidak percaya kerana katanya pengalamannya mengatakan sebaliknya.
Raziq, ingat tak pertama kali Raziq memanggil “Ibu”? Teacher Suntari minta ibu masuk ke kelas Raziq. Raziq berdiri di hadapan ibu. Hati Ibu berdebar. Raziq memanggil “Ibu” pertama kali pada usia 7 tahun. Ibu peluk Raziq dan air mata gugur lagi.
Ibu beritahu Abah, ibu akan hantar Raziq ke terapi yang terbaik kerana ibu nak Raziq menjadi normal seperti anak lain. Kita ke terapi sana sini bersama Abang Luqman sehinggakan dalam seminggu penuh dengan jadual terapi dan intervensi awal di beberapa tempat berlainan.
Abah menyokong apa yang ibu buat untuk Raziq. Cuma, Abah cakap ibu terlalu memaksa diri. Dan juga ibu terlalu memaksa Raziq. Kesian Raziq terlalu letih. Tapi Ibu mahukan yang terbaik walaupun itu bermakna ibu terpaksa tidur di dalam kereta di stesen minyak atau di tepi jalan on the way ke tempat kerja atau terapi kerana terlalu letih.
Raziq ingat tak first time kita jumpa Nazif di interview sekolah abang Luqman pada 2011?. Sekolah Rendah Al Amin. Itulah titik tolak perubahan kepada ibu. Nazif anak down sindrom yang sangat baik. Kita berjumpa dengan Uncle Khalil dan Aunty Nurli yang sangat hebat membesarkan Nazif.
Sejak itu ibu tak lagi mengimpikan kamu untuk menjadi seorang anak normal. Ibu mula menerima kamu seorang yang istimewa. Ibu mengimpikan Raziq menjadi baik dan hebat seperti Nazif. Dan Ibu ingin menjadi hebat seperti Aunty Nurli.
Sejak itu ibu mula menerima hakikat. Ibu gembira berjumpa dengan ibu-ibu lain yang mempunyai anak- istimewa seperti kamu. Ibu-ibu ini sangat hebat. Anak-anak mereka juga hebat. Kami berbincang, kami sedih bersama, kami ketawa bersama.
Ibu tak mahu Raziq letih lagi. Ibu mahu Raziq happy. Sejak itu ibu mula mencari ilmu. Ibu belajar lebih menghargai Raziq, diri sendiri dan keluarga kita.
Dulu ibu selalu berdoa kalau ibu “pergi”, biarlah kita bersama. Kerana ibu tak yakin ada yang boleh menjaga Raziq.Tapi sekarang ibu yakin Allah menjagamu lebih baik dari ibu kerana selama ini tak mungkin ibu mampu membuat apa-apa untuk Raziq kalau bukan keranaNya.
Abang Luqman juga menangis hari terakhir tadika.Katanya "Lepas I pergi sekolah baru, nanti I tak boleh jaga Raziq lagi".
Bila atuk meninggal masa raziq 8 tahun, orang yang ibu anggap paling sayangkan Raziq di dunia ni juga meninggalkan kita. Ingat tak Raziq tak boleh tidur berbulan dan terjaga malam kerana rindukan atuk. Tapi Raziq tak mampu bercerita. Hanya menangis dan sebut "atuk".
Dan ibu makin sedar yang ibu tak boleh mengharapkan diri sendiri atau sesiapa untuk menjaga Raziq selamanya. Raziq perlu belajar menjaga diri sendiri.
Perjalanan membesarkan Raziq sehingga ke hari ini penuh warna warni. Ibu minta maaf kerana masih belum menjadi ibu yang hebat untuk Raziq. Banyak lagi yang kita mesti lakukan bersama.
Terima kasih Raziq kerana menyedarkan ibu akan banyak perkara dalam hidup ini. Raziq menganggap setiap orang itu baik walaupun mereka mengejek dan melayan sebaliknya. Raziq akan tersenyum riang walaupun dengan pemberian kecil. Tiada komplen. Hanya tersenyum riang.
Raziq 12 tahun hari ni. Dah 12 tahun kita bersama. Ibu minta maaf atas segala kesilapan ibu dalam membesarkan Raziq. Ibu masih berusaha. Ibu berdoa Raziq akan menjadi insan hebat yang akan memberi manfaat kepada orang lain suatu hari nanti.
Ibu, Abah, Abang Luqman, Humaira, Muhammad dan ahli keluarga kita yang lain akan sentiasa sayangkan Raziq. Semoga Raziq dilindungi Allah selalu.
Selamat Hari Lahir Raziq sayang.
Love,
Ibu.
Ibu.
Friday, May 25, 2018
Kisah di belakang bangunan mahkamah 1995
Terbaca kisah kematian pelajar di PD yang keluar sorang untuk berjumpa kawannya. Juga pernah terbaca kisah sorang perempuan yang turun di stesen komuter Shah Alam tengah malam seorang diri. Seorang lelaki yang tak dikenali sanggup menunggu sehingga kawan perempuan itu sampai semata-mata untuk memastikan keselamatannya. Dan banyak lagi kisah lain jugak.
Kebanyakan masa kita perempuan rasa selamat nak jalan sorang sebab dah biasa. Ada satu kisah tahun 1995 yang saya duk ingat sampai sekarang. 10 September 1995.
That day, last minit geng kami nak buat surprise birthday celebration kat kawan kami pukul 12 malam. Jadi saya tahu kawan saya ni suka teddy bear, saya volunteer untuk ke Jalan Tunku Abd Rahman ke satu kedai ni nak beli teddy bear.
Sebab yang lain busy, saya pegi sorang ke KL dari syeksen 2 ITM. Dengan bas sangkut, jem lagi, pukul 8 lebih baru sampai KL. Dari Bus Stand Klang, saya berjalan kaki ke Jalan TAR. Area Sogo. For info, zaman tu bukan sibuk macam sekarang. Weekday pula tu. Waktu macam tu dah sunyi, ok. Kedai pun dah nak tutup dah masa saya sampai tu. Dekat 9.30.
Lepas bayar, saya pun jalan nak balik. Sepanjang Jalan TAR tu menuju ke Dataran Merdeka. Depan saya ada 2 orang budak lelaki. Mungkin sebaya saya. Pakai baju putih dan seluar hitam. Mungkin baru balik keje. Diorang gelak2 toleh pandang pandang saya kat belakang. Sambil tu buat lawak kononya pemandu pelancong sambil memperkenalkan kedai-kedai kiri kanan kami kat saya. Lawak juga la. Saya diam je.
Hampir sampai area Dataran Merdeka , diorang cakap “kita akan sampai ke Dataran Merdeka, di sini adalah bla .. bla.. bla……..” sambil gelak gelak pandang saya kat belakang.
Short cut ke Bus Stand Kelang adalah belakang Bangunan Mahkamah. Kalau sesapa ingat area belakang Mahkamah masa tu memang hot masa tu. Banyak kes ntah apa-apa. Maklumlah zaman tu famous kisah Bohsia Bohan dan macam -macam lagi. Tapi saya decide nak cepat dan lalu juga belakang. Budak berdua tu dah terlepas ke depan. Saya seorang melencong.
Tengah berjalan saya nampak satu van. Ramai budak muda lelaki luar dan dalam van. Saya pikir “Aduh! Camna ni? Dah halfway. Nak lari ke camne?”. Saya dah panic yang amat. Ada yang senyum kat saya dan pandang semacam. Pintu van memang terbuka. Masa taip ni pun masih terasa kecut perut. Dah 22 tahun benda ni jadi. Zaman tu takde handphone lagi ya.
Tiba-tiba saya dengar tapak kaki orang berlari di belakang. Saya rasa kiri kanan saya ada orang. Saya pandang kiri kanan, rupanya budak berdua yang buat lawak tadi. Mereka jalan rapat dengan saya. Apit saya. Kami bertiga diam. Sampai ke area CM. Kami masih diam. Then, saya nak belok ke area Bas Stand Klang. Salah sorang pandang saya dan cakap “Sampai sini je eh. Elok-elok” Mereka senyum dan berlalu pergi.
Mungkin masa diorang tengah buat lawak “tourist guide” tu, diorang pandang belakang dan tengok saya takde. Terus berlari cari saya di lorong belakang mahkamah.
Saya pegang teddy bear tu kuat-kuat. Dalam bas ke Shah Alam pun masih mengigil. Sampai lah ke kolej, saya pun dah lambat dan bersoal jawab juga lah dgn guard. Malam tu menjadilah surprise kami untuk kawan baik kami. Tapi saya masih teringatkan benda ni sampai sekarang.
Banyak bahaya kat luar sana yang kita tak tahu. Saya memang sangat biasa ke mana-mana sorang dari dulu sampai sekarang tapi bila ada kes-kes keluar paper macam ni buat terpikir . “What if” nasib saya tak baik. So far, Alhamdulillah tidak ada yang buruk-buruk berlaku. Nauzubillah.
Kepada kaum perempuan, hati-hatilah. Kerana apa sahaja boleh terjadi. Kepada kaum lelaki, tolonglah bersifat melindungi. Walaupun orang itu korang tak kenal, tapi sikap prihatin tu mungkin boleh menyelamatkan kami.
Kepada yang menolong saya tu, terima kasih dan saya sentiasa ingat walaupun saya tak tahu rupa korang camana.
Kebanyakan masa kita perempuan rasa selamat nak jalan sorang sebab dah biasa. Ada satu kisah tahun 1995 yang saya duk ingat sampai sekarang. 10 September 1995.
That day, last minit geng kami nak buat surprise birthday celebration kat kawan kami pukul 12 malam. Jadi saya tahu kawan saya ni suka teddy bear, saya volunteer untuk ke Jalan Tunku Abd Rahman ke satu kedai ni nak beli teddy bear.
Sebab yang lain busy, saya pegi sorang ke KL dari syeksen 2 ITM. Dengan bas sangkut, jem lagi, pukul 8 lebih baru sampai KL. Dari Bus Stand Klang, saya berjalan kaki ke Jalan TAR. Area Sogo. For info, zaman tu bukan sibuk macam sekarang. Weekday pula tu. Waktu macam tu dah sunyi, ok. Kedai pun dah nak tutup dah masa saya sampai tu. Dekat 9.30.
Lepas bayar, saya pun jalan nak balik. Sepanjang Jalan TAR tu menuju ke Dataran Merdeka. Depan saya ada 2 orang budak lelaki. Mungkin sebaya saya. Pakai baju putih dan seluar hitam. Mungkin baru balik keje. Diorang gelak2 toleh pandang pandang saya kat belakang. Sambil tu buat lawak kononya pemandu pelancong sambil memperkenalkan kedai-kedai kiri kanan kami kat saya. Lawak juga la. Saya diam je.
Hampir sampai area Dataran Merdeka , diorang cakap “kita akan sampai ke Dataran Merdeka, di sini adalah bla .. bla.. bla……..” sambil gelak gelak pandang saya kat belakang.
Short cut ke Bus Stand Kelang adalah belakang Bangunan Mahkamah. Kalau sesapa ingat area belakang Mahkamah masa tu memang hot masa tu. Banyak kes ntah apa-apa. Maklumlah zaman tu famous kisah Bohsia Bohan dan macam -macam lagi. Tapi saya decide nak cepat dan lalu juga belakang. Budak berdua tu dah terlepas ke depan. Saya seorang melencong.
Tengah berjalan saya nampak satu van. Ramai budak muda lelaki luar dan dalam van. Saya pikir “Aduh! Camna ni? Dah halfway. Nak lari ke camne?”. Saya dah panic yang amat. Ada yang senyum kat saya dan pandang semacam. Pintu van memang terbuka. Masa taip ni pun masih terasa kecut perut. Dah 22 tahun benda ni jadi. Zaman tu takde handphone lagi ya.
Tiba-tiba saya dengar tapak kaki orang berlari di belakang. Saya rasa kiri kanan saya ada orang. Saya pandang kiri kanan, rupanya budak berdua yang buat lawak tadi. Mereka jalan rapat dengan saya. Apit saya. Kami bertiga diam. Sampai ke area CM. Kami masih diam. Then, saya nak belok ke area Bas Stand Klang. Salah sorang pandang saya dan cakap “Sampai sini je eh. Elok-elok” Mereka senyum dan berlalu pergi.
Mungkin masa diorang tengah buat lawak “tourist guide” tu, diorang pandang belakang dan tengok saya takde. Terus berlari cari saya di lorong belakang mahkamah.
Saya pegang teddy bear tu kuat-kuat. Dalam bas ke Shah Alam pun masih mengigil. Sampai lah ke kolej, saya pun dah lambat dan bersoal jawab juga lah dgn guard. Malam tu menjadilah surprise kami untuk kawan baik kami. Tapi saya masih teringatkan benda ni sampai sekarang.
Banyak bahaya kat luar sana yang kita tak tahu. Saya memang sangat biasa ke mana-mana sorang dari dulu sampai sekarang tapi bila ada kes-kes keluar paper macam ni buat terpikir . “What if” nasib saya tak baik. So far, Alhamdulillah tidak ada yang buruk-buruk berlaku. Nauzubillah.
Kepada kaum perempuan, hati-hatilah. Kerana apa sahaja boleh terjadi. Kepada kaum lelaki, tolonglah bersifat melindungi. Walaupun orang itu korang tak kenal, tapi sikap prihatin tu mungkin boleh menyelamatkan kami.
Kepada yang menolong saya tu, terima kasih dan saya sentiasa ingat walaupun saya tak tahu rupa korang camana.
Tuesday, May 8, 2018
Annuversary post from husband 2018
Dulu sampai sekarang aku cuma main gitar lagu dari beberapa band saja. Kebanyakannya mesti ada distortion kuat dan kira ala-ala rock.
Cuma ada satu masa tu masa kat OZ, aku dapat tau (atau aku rasa) seorang awek ni suka dengar lagu "Losing My Religion" by R.E.M. aku perasan dia suka tengok seorang brader ni main lagu tu, walupun iramanya agak ke laut sikit.
Apa barang. Takkan aku tak boleh main lagu tu. Aku lagi terrer rasanya. Aku gagahkan diri untuk cari chord dan cara mainnya. Dah pass, aku pun keluarkan gitar masa duduk ramai-ramai dan mainkan lagu tu depan awek tadi.
Hehehe.. Menjadi juga untuk pikat perhatian dia. Hati berbunga-bunga. Dapat borak lama sikit dari biasa. Ada titik persamaan di situ.
Dari satu titik, ke satu ayat. Dari ayat, menjadi novel. Dan kini terus menjadi satu cerita yang masih ditulis.
Hari ni bab perkahwinan aku dan awek tadi sudah genap mencecah usia 14 tahun. Setiap cerita tentunya ada bahagian cemas, sedih, gembira, menangis dan ketawa. Baru kuat plotnya dan seronok dinikmati.
Aku tak tahu penghujungnya, tapi aku yakin aku akan cuba buat yang terbaikagar kisah ini berterusan dan lebih banyak episod gembira.
Kepada awekku, isteriku Siti Nurbaya Sharir, Happy Anniversary! Semoga kita dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmatNya dan kekal hingga ke Jannah.
Rizal Mohammad Sohaimi
Kisah anniversary 2018
Satu hari semasa di matrik PPP/ITM tahun 1996, saya tengah jalan sorang. Sabtu. Plan nak ambil bas di Seksyen 2 untuk ke KL. Terserempak mamat sorang ni berjalan balik dari arah bertentangan.
Tetiba dengar suara dari belakang. “Wahhh….. merah betul lipstick. Bedak putih tuuu. Besar seluar” Saya dengar dia gelak-gelak. Memang sah!. Dah kenal sangat dengan suara ni. Nak kena dia ni! Sanggup dia patah balik semata-mata nak sakitkan hati.
Saya pun pusing belakang. Sah!. Mamat ni tengah pegang skateboard sambil gelak-gelak. Saya pun berdiri tegak depan dia. Bagi dua tiga das sound direct. Apa yang saya sound saya pun lupa dah hahaha....
Tapi dia muka selamba tak makan saman betul. Sengih sengih. Hati panas wei! Last sekali, saya pun tunjuk jari telunjuk tepat kat muka dia dan cakap “Ko ni kan, Mar!!!! Memang malanglah sapa yang kawin dengan ko!”.
Saya pun cepat-cepat pegi. Tak tengok keliling dah hahaha... Balik bilik la. Tak jadi ke KL. Hati panas. Hilang mood.
Sejak tu memang lagi pekat saya blacklist mamat ni. Next balik kampung, saya kecikkan seluar sebab malas nak serabut kepala rasa nak bagi orang makan selipar hehee....
Hari ni 8 Mei 2018. Genap 14 tahun kami berkahwin. 4 orang anak dah. Dan dia bukan lagi mamat skateboard yang selalu menyakitkan hati. Rasa nak tergelak pun ada bila kenang kisah lama. Punyalah blacklist. Rupanya dialah jodoh.
Saya penah tanya husband masa tu dia nak mengorat ke. Katanya memang tak langsung. Memang dia nak gelakkan dan sakitkan hati je sebab lawak tengok pakai bedak tebal, lipstick merah dengan seluar besar. Trend zaman tu kut. Ces. Seluar pun zaman GQ kan time tu.. kan kan..… Mahal tu tempah kat Bahau. Sabar je la. Sekarang jangan kata bedak tebal, bedak pun payah nak lekat kat muka dah.
Kepada korang yang bujang, jodoh mungkin ada disekeliling korang je. Orang yang hari hari korang nampak. Korang je tak tau. Sudahnya yang kita duk menyampah tu lah yang duk sebelah kita kat pelamin heeee....
Warning aaa...jangan pula pegi kat orang yang korang minat dan cari gaduh pulak semata-mata rasa itu jodoh ya. Kang kalau dapat selipar, nasib ler.
Takde yang lain selain mohon doakan perkahwinan ini berkekalan dan diberkati. Amin.
Tuesday, April 3, 2018
Mangga Abah
Sebiji Mangga Buat Abah.
Weekend hari tu saya dan anak-anak balik kampung di Negeri Sembilan. Husband tak ikut sekali. Husband di rumah KL. Ada urusan lain dan tak sihat.
Dalam pukul 9.30 malam husband saya call. Raziq yang jawab. Punyala happy sebab Abah dia call. Tiba-tiba saya nampak Raziq berlari ke dapur. Bawa sebiji mangga dan tunjuk ke gagang telefon. Raziq cakap "Ada mangga Abah".
Rupanya Abahnya tanya Raziq makan apa. Raziq jawab mangga. Abah tanya ada untuk abah tak. Itu yang dia berlari ke dapur ambil mangga sebiji. Last mangga. Mangga terakhir.
Sejak bercakap dengan Abah, Raziq pegang mangga dan tidur sebelah mangga. Mangga di tepi bantal. Bangun terus cari mangga. Pakai towel dengan mangga di tangan. Saya ambil dan letakkan di almari dan suruh Raziq mandi dulu.
Lepas mandi, Raziq dah pegang mangga sambil pakai baju. Mangga tak lepas dari tangan. Kami gerak pukul 8 pagi dari kampung dan sampai rumah pukul 11.30 pagi.
Raziq pegang mangga untuk abah sepanjang berjam perjalanan. Sampai rumah, terus bagi mangga kat Abah yang sedang buka kunci grill. Happy sungguh Raziq.
Sekian kisah Raziq dan Sebiji Mangga Buat Abah.
cc : Abah Rizal Mohammad Sohaimi
Monday, February 5, 2018
Luqman ke MRSM
Alhamdulillah selesai acara menghantar anak sulung ke MRSM KKB hari ni.
Terima kasih pada semua pihak termasuk keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga yang memudah cara.
Subscribe to:
Posts (Atom)




































