Sejak October 2014 hingga June 2016, inilah wajah-wajah yang saya jumpa hampir setiap Sabtu. Saya memulakan perjalanan ini dengan zero!
Dalam kumpulan kecil dalam 15 orang, kami sangat rapat. . Kebanyakannya mengambil International Diploma in Montessori Pedagogy (IMD) ini untuk melengkapkan kelayakan di dalam dunia pendidikan Montessori. Mereka memang di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak tetapi punya ijazah di dalam bidang berlainan.
Masa saya nak ambil course ni, saya bertanya senior yang juga ada ijazah sama dengan saya di bidang lain. Dia yang telah graduate Diploma IMD di Segi sekarang mempunyai tadika Montessori sendiri. Katanya, "Lecturers memang bagus sangat. Very supportive and encouraging!". Yes sis! (you know who you are) I am 100% agree!
Setiap minggu saya merasakan ke kelas sebagai satu terapi. Dari pakar-pakar yang komited tentang dunia kanak-kanak. Setiap ilmu adalah baru untuk saya. Dan saya semakin memahami anak-anak.
Setiap perkongsian, setiap tunjuk ajar dari kawan-kawan dan lecturers akan sentiasa diingati. Berseri-seri muka mereka bercerita tentang dunia kanak-kanak. Istimewa!
Dari sebulan sebelum exam, ada kawan-kawan yang datang ke kelas setiap hari untuk study bersama dari pagi sampai malam semata-mata untuk mengajar saya dan yang lain yang kurang faham. Lecturers juga sentiasa bersedia menjawab segala persoalan.
Semasa latihan praktikal tahun 2017, lecturers dan kawan-kawan tetap setia membantu walaupun kami sudah jarang berjumpa.
Sepanjang perjalanan, ada decide untuk tidak mengambil exam. Kemudian ada yang tidak meneruskan praktikal. Kami 9 orang terus melangkah ke garisan penamat. Semalam kami hanya bertiga menghadiri majlis ini. Kawan lain mempunyai komitmen lain.
Kami bertiga naik ke pentas dan disorak kuat! Sorakan dari lecturers kami dan staff Faculty of Education. Sorakan yang sangat bermakna di garisan penamat selepas satu perjalanan.
Alhamdulillah di beri peluang ini. Terima kasih lecturers dan kawan-kawan! Love you all!
Ms Carolyn, Ms Rosaline, Ms Michelle, Ms Melanie, Ms Foong Lin, Ms Kavitha. 😘😘😘😘
International Diploma In Montessori Pedagogy, Montessori Centre International, UK.










