Saturday, November 3, 2018

Testimoni English Class

Malam tadi ada student surau inform. "Teacher, adik saya dapat English 94% exam" "Owh.. biasanya berapa?" "Sebelum ni 40% je". Adiknya darjah 4 dan mengikuti English class di surau sejak sebelum puasa.
Alhamdulillah. Kelas seminggu sekali ini, saya tak yakin menyumbang banyak dalam improve English anak-anak tapi mungkin ada sesuatu yang dia faham dalam kelas dan makin berminat bila belajar disekolah.
Untuk student yang tusyen di rumah juga improve English. 90% pemahaman dan 84% karangan. Darjah 2. Alhamdulillah. Dari dulunya, makna "fan" dia belum tahu. Sekarang boleh berbual dalam English dirumah kami dengan humaira. Tak terlalu lancar tapi dah yakin. Juga dah tahu mencari makna perkataan di dalam kamus. Buku cerita English di rumah kami pun dia suka baca.
Saya yakin bila anak-anak boleh berdikari mencari sendiri makna perkataan yang dia tak faham, itu akan naikkan rasa yakin dan happy dengan diri sendiri. Independent!
Cuma untuk student ini, matematiknya dapat 57% dan dia menangis. Dia juga belajar maths seminggu sekali dengan saya. Saya yakin matematik perlukan latihan yang banyak. Tak cukup di tusyen dan sekolah sahaja.
Dan anak-anak saya sendiri pun kalau tak duduk sebelah masa buat maths, akan "syahid" di katil. Tidur! Memahami konsep tak cukup kerana soalan berbeza-beza. Kena familiar dan pantas berfikir.
Sepanjang mengajar, saya banyak belajar dari anak-anak ini. Lain anak, lain caranya. Syukur banyak dah teori. Cuma kadang-kadang kelaut juga bila mengajar. Tak sama dengan approach untuk anak sendiri.
Untuk next year, tiada lagi tusyen di rumah. Saya hanya akan mengajar reading di waktu siang. Fokus reading dan early math sahaja untuk anak istimewa dan slow learners (masalah pembelajaran).
Moga anak-anak tusyen saya ini terus improve dalam pelajaran dan kehidupan. Belajar memahami sesuatu bukan setakat dizahirkan melalui markah exam tapi juga applikasi dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment